Saturday, 1 March 2014
Cuaca Panas, Kemarau, Catuan Air & Kebakaran Tanah Gambut
Rasa aku dah hampir 2 minggu keadaan cuaca yang panas ni menyebabkan ramai warga Malaysia, especially di area Lembah Klang merungut. Mana taknya, catuan air dikatakan telah bermula dan ramai kekawan aku yang buat tulis status FB memasing pasal menadah air dan jugak menunggu lori air yang lambat tiba..
Malahan, Jabatan Meteorologi Malaysia dah pun keluarkan kenyataan rasmi nak buat pembenihan awan nak bagi hujan turun terutama di 4 buah negeri ni: Selangor, N. Sembilan, Melaka & Johor. Melaka tuhh...tanah tumpah darah ku...aishhh...kesian kat kaum keluarga aku kat sana.. (Rujuk sini: http://www.met.gov.my/images/pdf/press_statement/kenyataan_akhbar_pembenihan_awan_bm_26022014.pdf
Kalau ikut sejarah, negeri Melaka pernah kena masalah air takde ni..tahun 1991..masa tu aku baru je masuk Form One dan duduk kat asrama putra Malacca High School..perghh..bayangkan lah masa tu dahla baru first time hidup berenggang dengan family, then air plak takde..mana nak mandi nyer, basuh baju, toilet jangan cakap lah...memang sangat kotor dan bole termuntah dibuatnya. Kitaorang terpaksa menapak sampai ke masjid Banda Kaba dan kadang kadang hingga ke rumah (ke kilang?) yang ade air perigi di area Bukit Cina..waktu pagi pagi Subuh tu.. Memang kenangan yang tak kan dapat dilupa masa tu..kini peristiwa tak de air terjadi semula..alahai..
Kebakaran Tanah gambut
Apa kaitan tanah gambut dengan kebakaran? Hehehe...kalau di Johor..area Pengerang ke..memang agak kerap terjadi kebakaran ni..sebab dari geologinya tanah ni sangat mudah terbakar..masih lembut dan belum mengeras seperti batuan..ia juga merupakan enapan Quartener...huiyoo..kita citer bab geologi sikit ok..dan kalau tanah ni terbakar dia biasanya akan terbakar pada bahagian bawah dan dalam..api dia kita tak nampak cuma asap je lah yang kita boleh kesan..banyak agensi kerajaan yang terlibat dalam hal nak cegah kebakaran ni..biasanya Bomba, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah dan tak lupa juga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (www.jmg.gov.my) yang ada provide air bawah tanah guna tube well yang digerudi berdekatan area mudah terbakar ni..then gunakan pam air je oleh pihak Bomba...
Ermm..walauapapun ini semua atas kehendak Allah s.w.t...Dia yang Maha Mengetahui atas segala apa yang terjadi. Mungkin ini sebagai satu amaran agar sekalian hambaNya mengingati Nya sentiasa...
Wallahua'lam
Labels:
Isu semasa,
kemarau,
masalah air,
tanah gambut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment